15 December, 2019 The Malaysian News

Seperti MABA, Presiden, SUA MWRF perlu letak jawatan kerana ‘menipu’ KJ sebagai Timbalan Presiden

Susulan insiden kes paparan Jalur Gemilang salah di majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang Remaja Bawah 15 Tahun Kebangsaan isnin lalu yang mengundang kecaman netizen akhirnya Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Lua Choon Hann  mengumumkan meletak jawatan sebagai Presiden MABA.

“Datuk Lua merasakan sebagai Presiden MABA, beliau patut bertanggungjawab penuh terhadap organisasi dan tatacara persatuan. Datuk Tan Kang Yong, yang juga Timbalan Presiden MABA akan mengambil alih tugas dan bertindak sebagai Presiden,” kata MABA dalam satu kenyataan

MESTI BACA: VIDEO] Kes Jalur Gemilang: Presiden MABA letak jawatan 

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ditemui berkata, kes MABA ini sedang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beliau mengambil maklum peletakan jawatan Datuk Lua Choon Hann Presiden MABA itu yang perlu dilakukan.

Bagaimanapun dalam kes yang juga serius iaitu penipuan pelantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Timbalan Presiden Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia (MWRF) sebagaimana diakui oleh Setiausaha Agung MWRF, Dr Ang Kean Koo. Sehingga kini PresidenMWRF Datuk Teo Geck Heng dan Setiausaha Agung yang terlibat dalam penipuan itu tidak meletakkan jawatan.

Setiausaha MWRF, Dr Ang Kean Koo hanya mengakui kesilapan dan bersetuju untuk membuat pindaan terhadap kedudukan Khairy.

Presiden MWRF Datuk Teo Geng Heng dan Dr Ang Kean Koo SUA MWRF

 

“Selepas mendapat nasihat daripada PPS, pihak MWRF akur dan bersetuju untuk membuat pindaan untuk mengeluarkan nama Khairy sebagai Timbalan Presiden MWRF.

Pengumuman penipuan MWRF oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) sebelum ini adalah sesuatu yang sangat memalukan kepada badan sukan di negara ini. Penipuan itu telah menyebabkan masalah kepada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM). Ia mencerminkan badan sukan di negara ini tidak terkecuali kepada salah guna kuasa dan juga rasuah.

Persatuan MWRF jadi mangsa

Pesuruhjaya Sukan (PJS) dalam satu surat rasmi yang ditandatangani ketua penolong PJS, Asmadi Mohamad menyatakan Khairy Jamaluddin tidak pernah memohon untuk menjadi ahli kepada persekutuan tersebut tetapi nama beliau telah dicadangkan oleh setiausaha semasa Mesyuarat Agung Tahunan bertarikh 3 Mac lalu.

” MWRF juga mengakui terlepas pandang mengenai pelantikan Khairy Jamaluddin semasa Mesyuarat Agung Tahunan badan sukan itu adalah bercanggah dengan Fasal 17.5 perlembagaan yang menyatakan jika terdapat kekosongan jawatan dalam jawatankuasa induk, calon yang mendapat undi kedua terbanyak semasa pemilihan yang lepas adalah dengan sendirinya layak untuk memegang jawatan tersebut.

“Jika tiada calon yang demikian atau calon tersebut menolak jawatan tersebut, maka pemilihan bagi mengisi kekosongan tersebut perlu di bawa ke Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang,” katanya seperti yang dipetik dalam surat tersebut.

12 November lalu berita harian melaporkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa dengan isu integriti sukan berhubung kedudukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Timbalan Presiden Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia (MWRF) sebagai tidak sah yang menyebabkan isu MPM berlarutan.

Datuk Teo Geng Heng Presiden, Dr Ang Kean Setiausaha Agung dan sesiapa juga yang terlibat dalam dalang menyelitkan nama Khairy Jamaluddin sebagai Timbalan Presiden wajar meletak jawatan.

 

Related Posts

Mengejutkan KP MSN bersekongkol dengan SM Nasarudin arah pegawai luluskan KJ bertanding MPM

25 June, 2019

25 June, 2019

Dua artikel portal MI baru-baru ini mendedahkan betapa Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), SM Nasarudin SM Nasimuddin (Naza Group) menjadi dalang...

BAM, Norza wajar terima kritikan secara terbuka – Zolkples

15 December, 2019

15 December, 2019

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong menegaskan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) seharusnya menerima...

Memalukan! Shapawi KP MSN ‘Budak KJ’ wajib letak jawatan atau dipecat gagal Sukan Sea

11 December, 2019

11 December, 2019

“KAMI ambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan penyertaan di Sukan Sea kali ini.” Begitulah luahan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN),...

Syarikat AVP Engineering yang beri rasuah Azeez Rahim bekal jentera bomba cap ayam

15 April, 2019

15 April, 2019

KUALA LUMPUR: Harian metro mendedahkan kegagalan syarikat pembekal menyediakan reka bentuk dan pemasangan peralatan mengikut spesifikasi sepatutnya dipercayai punca utama...

Taekwondo: MTA Kelantan juara keseluruhan gondol 37 pingat emas

24 November, 2019

24 November, 2019

PERSATUAN Taekwondo Negeri (MTA) Kelantan muncul juara keseluruhan Seni Bela Diri Taekwondo Terbuka Kebangsaan Zon Pantai Timur bagi merebut Piala...

Projek solar: Rosmah didakwa esok

9 April, 2019

9 April, 2019

PETALING JAYA: Isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor akan didakwa esok berhubung projek sistem solar sekolah luar bandar di Sarawak...

Syed Saddiq kecewa isu MPM berlarutan kini jawatan KJ, Timbalan Presiden MWRF tidak sah

14 November, 2019

14 November, 2019

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa dengan kegagalan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan konflik dalaman...

[VIDEO] Kes Jalur Gemilang: Presiden MABA letak jawatan

30 November, 2019

30 November, 2019

 Syed Saddiq setuju langkah Presiden MABA KUALA LUMPUR: Berikutan kes paparan Jalur Gemilang salah, Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia...

SM Nasarudin SM Nasimuddin Naza Group, John Ng dalang luluskan KJ bertanding MPM

22 June, 2019

22 June, 2019

Sekalipun semalam syarikat Naza Group kontroversi terpalit dengan isu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan saman pelucutan hak wang bernilai RM269,662 daripada...

MIGHT labur RM20 juta kepada Aerodyne syarikat dron bukan untuk projek ‘kereta terbang’

30 November, 2019

30 November, 2019

KUALA LUMPUR: Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) mengesahkan anak syarikatnya VentureTech Sdn Bhd ada melakukan pelaburan RM20...

Malaysian Tigers perlu menang atau gigit jari malam ini

3 November, 2019

3 November, 2019

KUALA LUMPUR: Tiada perkataan lain melainkan wajib menang atau skuad hoki negara gigit jari lagi. Malaysian Tigers wajib memburu kemenangan...

PKR akan pecat haziq hari ini?

3 July, 2019

3 July, 2019

Biro Politik PKR yang akan bermesyuarat petang ini akan dimaklumkan berkaitan status Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul...

Kedah kempunan, JDT juara Piala Malaysia

3 November, 2019

3 November, 2019

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan status selaku ‘raja’ bola sepak tempatan apabila muncul juara Piala Malaysia selepas mudah membenam Kedah...

Lagi Jalur Gemilang bintang lima bucu ‘Ala Komunis’ di acara Taekwondo Malaysia

27 November, 2019

27 November, 2019

Belum reda isu bendera Malaysia semasa upacara perasmian kejohanan bola keranjang, tular pula beberapa keping gambar yang memaparkan Jalur Gemilang...

Anwar nafi salah laku seks kerana sibuk kempen PRK Port Dickson

5 December, 2019

5 December, 2019

Presiden PKR, Anwar Ibrahim menafikan dakwaan salah laku seks yang dilemparkan terhadapnya oleh bekas pegawai penyelidiknya, Muhammad Yusoff Rawther. Yusoff...