14 December, 2019 The Malaysian News

Salah bendera: MABA tamat perkhidmatan kontraktor produksi siaran langsung

KUALA LUMPUR – Kontraktor produksi siaran langsung pembukaan Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak Bawah 15 Ke-28 ditamatkan perkhidmatan setelah didapati cuai memaparkan Jalur Gemilang yang salah ketika nyanyian lagu Negaraku.


Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Luo Choon Hann berkata, tindakan penamatan kontrak itu diambil selepas siasatan dilakukan pihaknya berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, pegawai eksekutif MABA yang menyedari kesilapan terbabit ketika berlangsungnya upacara perasmian itu dengan segera mengarahkan siaran langsung itu ditamatkan dan video dipadam.

“Terlebih dahulu, saya selaku presiden MABA, ingin memohan maaf kepada semua warganegara Malaysia. Saya ingin menjelaskan bahawa kesilapan ini terjadi apabila pihak kontraktor yang terlibat dengan produksi ‘Iive stream’ ketika pembukaan pertandingan bawah 15 tahun.

“Kami telah menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak kontraktor,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Difahamkan MABA baru setahun menggunakan khidmat kontraktor berkenaan.

Beliau berkata, MABA turut memohon maaf kepada semua rakan penaja dan pihaknya amat mengesali kesalahan serta kecuaian tersebut.

Menurutnya, Westports Malaysia juga tidak terlibat dalam perkara itu dan nama baik syarikat Westports hanya dipamerkan secara kekal di skrin dalam stadium.

“Saya juga berharap rakyat Malaysia akan mengampuni pihak kami dan memahami kesilapan ini adalah tidak disengajakan. Kami tidak berniat untuk tidak menghormati Jalur Gemilang dan menyinggung perasaan rakyat Malaysia.

“Saya amat kecewa dengan kesilapan ini dan saya ingin menyerukan rakyat Malaysia supaya tidak menggunakan kesilapan ini sebagai agenda politik atau perkauman,” katanya.

Related Posts

Lagi Jalur Gemilang bintang lima bucu ‘Ala Komunis’ di acara Taekwondo Malaysia

27 November, 2019

27 November, 2019

Belum reda isu bendera Malaysia semasa upacara perasmian kejohanan bola keranjang, tular pula beberapa keping gambar yang memaparkan Jalur Gemilang...

Prestariang fail tindakan undang-undang susulan pembatalan projek SKIN

15 April, 2019

15 April, 2019

KUALA LUMPUR: Prestariang SKIN Sdn Bhd (PSKIN), anak syarikat Prestariang Bhd hari ini memfailkan tindakan undang-undang sebanyak RM327 juta terhadap...

SM Nasarudin SM Nasimuddin Naza Group, John Ng dalang luluskan KJ bertanding MPM

22 June, 2019

22 June, 2019

Sekalipun semalam syarikat Naza Group kontroversi terpalit dengan isu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan saman pelucutan hak wang bernilai RM269,662 daripada...

KJ ‘diselit’ jawatan Timbalan MWRF kerana beri rasuah RM25,000 untuk tanding Presiden MPM?

30 July, 2019

30 July, 2019

Pendedahan Naib Presiden II MWRF, M. Vedagiri pada satu sidang media baru-baru ini bahawa pelantikan bekas Menteri Belia dan Sukan,...

Syed Saddiq kecewa isu MPM berlarutan kini jawatan KJ, Timbalan Presiden MWRF tidak sah

14 November, 2019

14 November, 2019

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa dengan kegagalan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan konflik dalaman...

Video Haziq tulen namun Azmin tidak dapat dikaitkan sebagai pelaku- Ketua Polis Negara

18 July, 2019

18 July, 2019

 KUALA LUMPUR: Video intim yang melibatkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan...

Mengejutkan KP MSN bersekongkol dengan SM Nasarudin arah pegawai luluskan KJ bertanding MPM

25 June, 2019

25 June, 2019

Dua artikel portal MI baru-baru ini mendedahkan betapa Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), SM Nasarudin SM Nasimuddin (Naza Group) menjadi dalang...

Syarikat AVP Engineering yang beri rasuah Azeez Rahim bekal jentera bomba cap ayam

15 April, 2019

15 April, 2019

KUALA LUMPUR: Harian metro mendedahkan kegagalan syarikat pembekal menyediakan reka bentuk dan pemasangan peralatan mengikut spesifikasi sepatutnya dipercayai punca utama...

PKR akan pecat haziq hari ini?

3 July, 2019

3 July, 2019

Biro Politik PKR yang akan bermesyuarat petang ini akan dimaklumkan berkaitan status Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul...

Anwar nafi salah laku seks kerana sibuk kempen PRK Port Dickson

5 December, 2019

5 December, 2019

Presiden PKR, Anwar Ibrahim menafikan dakwaan salah laku seks yang dilemparkan terhadapnya oleh bekas pegawai penyelidiknya, Muhammad Yusoff Rawther. Yusoff...

[VIDEO] Kes Jalur Gemilang: Presiden MABA letak jawatan

30 November, 2019

30 November, 2019

 Syed Saddiq setuju langkah Presiden MABA KUALA LUMPUR: Berikutan kes paparan Jalur Gemilang salah, Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia...

Seperti MABA, Presiden, SUA MWRF perlu letak jawatan kerana ‘menipu’ KJ sebagai Timbalan Presiden

30 November, 2019

30 November, 2019

Susulan insiden kes paparan Jalur Gemilang salah di majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang Remaja Bawah 15 Tahun Kebangsaan isnin lalu...

MIGHT labur RM20 juta kepada Aerodyne syarikat dron bukan untuk projek ‘kereta terbang’

30 November, 2019

30 November, 2019

KUALA LUMPUR: Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) mengesahkan anak syarikatnya VentureTech Sdn Bhd ada melakukan pelaburan RM20...

‘Budak KJ’ dalang surat ‘Palsu’ MP Rembau?

23 November, 2019

23 November, 2019

SHAH ALAM – Selepas tular surat Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai dakwaan beliau menghantar surat pemberitahuan kepada Setiausaha Dewan Rakyat,...

Projek solar: Rosmah didakwa esok

9 April, 2019

9 April, 2019

PETALING JAYA: Isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor akan didakwa esok berhubung projek sistem solar sekolah luar bandar di Sarawak...