14 December, 2019 The Malaysian News

Pertukaran KSU perkara biasa – Salahuddin

KUALA LUMPUR: Pertukaran Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), adalah prosedur biasa.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata perpindahan Mohd Sallehhuddin itu adalah pertukaran biasa antara kementerian dan jabatan kerajaan.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) menegaskan, beliau tidak campur tangan dalam pertukaran itu yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ismail Bakar dan JPA sepenuhnya.

“Semalam saya menerima satu notis daripada Pejabat Perkhidmatan Awam, ada empat atau lima orang yang ditukarkan. Ada yang berpindah kementerian, ada yang saya dimaklumkan memang berlaku pertukaran.

“Saya baca melalui WhatsApp group (mengenai pertukaran Mohd Sallehhuddin), dan tiada penafian rasmi (oleh JPA), jadi saya anggap itu satu keputusan biasa di pejabat KSN atau Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Namun, saya belum dapat notis rasmi daripada mana-mana pihak. Terpulang kepada KSN, saya tidak mencampuri bidang kuasa yang ada pada KSN atau JPA,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas laporan portal berita semalam, bahawa Mohd Sallehhuddin didakwa ditukarkan susulan kontroversi membabitkan tender padi bernilai RM1.4 bilion.

Pertukaran itu didakwa dibuat pada Jumaat lalu, sehari selepas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong membangkitkan dakwaan mengenai penganugerahan kontrak itu kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) secara rundingan terus.

Susulan itu, wujud dakwaan bahawa Salahuddin disabotaj oleh Ketua Setiausaha (KSU) kementeriannya berhubung isu tender berkenaan.

Salahuddin menegaskan, tidak pernah mengarahkan atau menerima apa-apa arahan supaya siasatan dalam dijalankan, khususnya terhadap Mohd Sallehhuddin, selepas pendedahan Ka Siong di Dewan Rakyat.

“Tiada, saya tidak pernah mengarahkan atau menerima apa-apa arahan (menjalankan siasatan dalaman),” katanya.

in Berita
Related Posts

Saya tidak perlukan sokongan Pas – PM

26 February, 2019

26 February, 2019

SHAH ALAM 25 Feb. – Kurang 24 jam selepas PKR menyatakan soko­ngan kepadanya untuk kekal menjadi Perdana Menteri bagi tempoh...

Kematian Adib akibat dipukul – Mahkamah Koroner

27 September, 2019

27 September, 2019

SHAH ALAM: Mahkamah Koroner di sini, hari ini, memutuskan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, adalah akibat perbuatan...

[VIDEO] Kem KJ, Nasaruddin, Keng Chuan degil! Bakal batalkan MPM

7 September, 2019

7 September, 2019

Sekalipun Julai lalu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memberi amaran keras kepada MPM kerana isu AGM...

[VIDEO] Laungan ‘Azmin Semburit’ Ketua Wanita PKR mahu Farhash diambil tindakan disiplin

24 July, 2019

24 July, 2019

 PETALING JAYA: Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sepatutnya diambil tindakan disiplin oleh parti kerana mengeluarkan tuduhan...

Kes rogol Exco: Tindakan diputuskan selepas siasatan polis selesai – Faizal

10 July, 2019

10 July, 2019

IPOH: Tindakan terhadap exco kerajaan negeri Perak yang didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia hanya akan diputuskan selepas pihak polis...

Malaysian Tigers perlu menang atau gigit jari malam ini

3 November, 2019

3 November, 2019

KUALA LUMPUR: Tiada perkataan lain melainkan wajib menang atau skuad hoki negara gigit jari lagi. Malaysian Tigers wajib memburu kemenangan...

Armada cadang lantik tiga Senator tambahan dari Kelantan

2 October, 2019

2 October, 2019

KOTA BHARU – Armada Bersatu Kelantan meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melantik seorang menteri penuh dan tambahan...

Tom Boon, Van Doren buruan KL?

14 October, 2019

14 October, 2019

Adakah presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA), Dato’ Sri Megat D.Shahriman Zaharudin berhasrat mendapatkan pemain terbaik dunia bagi memperkuatkan pasukan...

Projek RM1.4B: Jika Nafas dapat ia menguntungkan petani kata Menteri

23 November, 2019

23 November, 2019

GEORGE TOWN: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub hari ini akui beliau menulis surat kepada perdana menteri mengesyorkan...

BN rampas DUN Semenyih, menang majoriti 1,914

3 March, 2019

3 March, 2019

SAH! Selepas kesemua 120 peti undi sudah dikira, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Saifuddin tegur tindakan AMK tak sah tidak ikut peraturan parti

21 November, 2019

21 November, 2019

TINDAKAN Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengadakan perjumpaan bersama pimpinan AMK Pusat dan Cabang daripada seluruh negara malam tadi, dianggap tidak...

Menteri Sahkan KSU Pelancongan dipanggil SPRM

7 August, 2019

7 August, 2019

PUTRAJAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi mengesahkan Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Isham Ishak telah dipanggil Suruhanjaya...

3 September Rafidah Aziz, Tokpa diumum kembali dalam rombakan kabinet?

22 August, 2019

22 August, 2019

PUTRAJAYA- Rombakan pertama Kabinet dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dijangka akan diumumkan selepas mesyuarat Pakatan Harapan 30 Ogos ini dan...

KPDNHEP jadikan industri francais sektor utama pembangunan keusahawanan

24 November, 2019

24 November, 2019

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan menjadikan industri francais sebagai sektor utama yang memberi impak...

Vaksin bukan penyebab autisme, Wan Azizah beritahu ibu bapa

8 March, 2019

8 March, 2019

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan ibu bapa tidak mempercayai dakwaan suntikan vaksin boleh menyebabkan kanak-kanak...