14 December, 2019 The Malaysian News

Lagi Jalur Gemilang bintang lima bucu ‘Ala Komunis’ di acara Taekwondo Malaysia

Belum reda isu bendera Malaysia semasa upacara perasmian kejohanan bola keranjang, tular pula beberapa keping gambar yang memaparkan Jalur Gemilang dengan hanya bintang lima bucu digunakan oleh satu lagi persatuan sukan Taekwondo Malaysia (TM) di acara anjuran CK Classic International

CK Classic International Taekwondo Championship turut menggunakan lambang Bendera Malaysia yang hanya mempunyai bintang lima bucu yang turut mengundang kemarahan netizen dalam media sosial.

Sebelum ini media melaporkan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) ketika nyayian Lagu Negara telah menggunakan bendera sedemikian dan ia menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.

MABA kemudiannya telah mengemukan pemohonan maaf dan mengakui kesilapan berkenaan adalah kecuaian dari kontraktor yang mengendalikan acara tersebut.

Menyedari kecaman rakyat, Penganjur kejohanan Taekwondo Malaysia berkata bintang lima bucu pada logonya bukanlah Jalur Gemilang.

Kojahanan tahun depan 2020 pun dah salah lagi

Penjelasan itu selepas bekas perdana menteri Najib Razak membangkitkan kehadiran sejumlah menteri Pakatan Harapan (PH) dan bekas menteri BN di acara anjuran CK Classic International.

Dalam kenyataan hari ini, pengerusi penganjur CK Classic International CK Karan berkata bintang lima bucu yang digunakan mereka sebahagian daripada logo rasmi yang telah lama digunakan, dan bukan satu kesilapan.

“Apa yang dipaparkan bukan bendera dan pastinya bukan bendera Malaysia.

“Ia hanyalah logo yang dicipta sebagai simbol mewakili Malaysia dan Selangor yang menjadi tuan rumah untuk kejohanan tersebut.

“Ia bukanlah kesilapan…Kami telah menggunakan logo ini sudah sekian lama dan pertandingan ini akan masuk edisi ke-14 pada 2020,” katanya.

Bendera Selangor mengandungi bulan sabit dan bintang lima bucu.

Bagaimanapun ekoran kontroversi yang tercetus, beliau berkata CK Classic International akan mengubah logonya bagi melambangkan Jalur Gemilang untuk acara akan datang.

“Susulan kontroversi ini, kami akan mengubah bintang (pada logo) untuk memuaskan hati orang ramai”. Katanya.

 

Related Posts

[VIDEO] Kes Jalur Gemilang: Presiden MABA letak jawatan

30 November, 2019

30 November, 2019

 Syed Saddiq setuju langkah Presiden MABA KUALA LUMPUR: Berikutan kes paparan Jalur Gemilang salah, Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia...

Kerajaan hantar 33 Hakim Syariah Kursus di Arab Saudi – Dr. Mujahid

16 February, 2019

16 February, 2019

Selaras dengan usaha Kerajaan Malaysia hari ini untuk meningkatkan kompetensi Hakim-Hakim Syarie, sejumlah 33 orang Hakim Syarie dari seluruh negara...

Petronas Carigali bakal disenarai Bursa Malaysia?

27 September, 2019

27 September, 2019

NEW YORK: Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk menyenaraikan satu daripada anak syarikat Petronas bagi menjadikan pasaran saham Malaysia lebih menarik....

Saya tidak perlukan sokongan Pas – PM

26 February, 2019

26 February, 2019

SHAH ALAM 25 Feb. – Kurang 24 jam selepas PKR menyatakan soko­ngan kepadanya untuk kekal menjadi Perdana Menteri bagi tempoh...

Kes Video Semburit : Haziq cabar Azmin saman

24 June, 2019

24 June, 2019

Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mencabar Azmin Ali mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika isu klip video...

Perak tumbang, Kedah juara Piala FA 2019

30 July, 2019

30 July, 2019

Jaringan pemain muda meningkat naik, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam pada minit ke-105 menjulang Kedah muncul juara Piala FA 2019...

Selepas AGM MPM ditangguh dibantu John Ng, KJ mahu bertanding lagi

30 June, 2019

30 June, 2019

BEKAS Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tetap akan menghantar borang pencalonan bagi jawatan Presiden MPM sekiranya Pesuruhjaya...

‘Team KJ’ Timbalan Presiden MPM berjaya tangguhkan AGM MPM

30 June, 2019

30 June, 2019

ISU panas membabitkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berterusan apabila mesyuarat agung tahunan (AGM) bagi penggal 2019-2023 yang sepatutnya berlangsung hari...

Video Haziq tulen namun Azmin tidak dapat dikaitkan sebagai pelaku- Ketua Polis Negara

18 July, 2019

18 July, 2019

 KUALA LUMPUR: Video intim yang melibatkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan...

PKR akan pecat haziq hari ini?

3 July, 2019

3 July, 2019

Biro Politik PKR yang akan bermesyuarat petang ini akan dimaklumkan berkaitan status Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul...

Tak mungkin Dr Mahathir tunduk kepada DAP – Mohamad Sabu

3 April, 2019

3 April, 2019

SEREMBAN: Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, menafikan dakwaan bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dikawal oleh DAP. Beliau...

Kalah Semenyih PH perlu dengar mesej rakyat kata TPM

3 March, 2019

3 March, 2019

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, satu mesej untuk bersama mendengar apakah isu-isu yang mesti dipertimbangkan...

PH akan perbaiki pemerintahan kata presiden Amanah

17 November, 2019

17 November, 2019

Susulan kekalahan PH di Tanjung Piai semalam, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata gabungan itu akan berusaha merapatkan kepemimpinan dalam kalangan...

LHDN akan kejar menteri, bekas menteri tak bayar cukai, kata Tun M

4 April, 2019

4 April, 2019

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada menteri dan bekas menteri supaya membayar cukai pendapatan atau Lembaga Hasil Dalam...

Tiada provokasi tapi kami dikasari penyokong Najib, kata pelajar

23 March, 2019

23 March, 2019

KUALA LUMPUR: Pengerusi Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Wong Yan Ke berkata mereka mempunyai hak untuk melakukan protes terhadap...