14 December, 2019 The Malaysian News

KPDNHEP jadikan industri francais sektor utama pembangunan keusahawanan

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan menjadikan industri francais sebagai sektor utama yang memberi impak penting bukan saja dari segi pembangunan keusahawanan dan peluang pekerjaan, malah memberi nilai tambah kepada kepuasan kehidupan pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kementerian juga akan memastikan industri francais mampu menjadi antara sektor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Komitmen kerajaan untuk mempertingkatkan program pembangunan francais negara melalui Ekspo Francais Kebangsaan (NFeX) dan Francais Domestik akan membantu memberi persekitaran yang kondusif kepada industri itu secara keseluruhannya.

“Antara inisiatif strategik untuk menjayakan program ini ialah padanan perniagaan, sesi perkongsian, klinik francais, demonstrasi produk dan perkhidmatan, promosi serta program kesedaran dan pendidikan.

“Program ini juga akan dijadikan medium utama untuk menggalakkan penggunaan jenama francais Malaysia,” katanya dalam ucapan pada Majlis Perasmian NFeX 2019 Zon Sabah di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) kementerian itu, Dr Alauddin Sidal.

Program selama tiga hari dan berakhir esok itu untuk memupuk kesedaran dan minat dalam kalangan rakyat Sabah kepada jenama francais Malaysia selain mendekatkan masyarakat setempat dengan perniagaan dan keusahawanan francais.

Lebih 20 jenama francais tempatan dan antarabangsa dari pelbagai sektor menyertai program itu.

Saifuddin berkata, kementerian turut menggalakkan konsep francais sosial untuk memastikan penggiat industri francais dapat menyumbang semula kepada masyarakat tanpa mengurangkan perolehan perniagaan.

Beliau berkata, program francais sosial juga dilihat mampu mengukuhkan lagi ekosistem francais yang lebih dinamik.

Katanya, sebanyak 66 jenama francais Malaysia telah berkembang ke 65 negara dengan lebih 4,200 cawangan di seluruh dunia pada tahun ini.

Beliau berkata, statistik itu jelas menunjukkan industri itu mampu mengangkat martabat jenama Malaysia di persada antarabangsa sekali gus memberi impak kepada ekonomi negara.

Sehubungan itu, Saifuddin berkata, kementerian mahu melihat cawangan francais tidak hanya dibuka di luar negara tetapi pasarannya perlu dikembangkan di Malaysia termasuk Sabah, selain memperluaskan lagi pertumbuhan produk dan perkhidmatan francais tempatan.

Katanya, beliau berharap kementerian dapat menjalin kerjasama strategik dengan pemain industri di Sabah dan optimis dengan kepakaran dan pengalaman agensi negeri seperti Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Sabah serta Perbadanan Ekonomi Negeri Sabah yang mampu menjayakan kerjasama terbabit. – BERNAMA

Related Posts

Amanah: 655 cawangan, 81 kawasan diarah bermesyuarat semula

22 September, 2019

22 September, 2019

Amanah pusat mengarahkan sebanyak 655 cawangan dan 81 kawasan termasuk sayap pemuda dan wanita terpaksa mengadakan mesyuarat tahunan dan pemilihan...

PRK Tanjung Piai Ujian Besar PH pertahan kerusi kata Loke

22 September, 2019

22 September, 2019

PAKATAN Harapan (PH) akan mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai, Johor dalam pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama...

Malaysia Tidak Akan Berkompromi Dengan Goldman, Kata Anwar

14 February, 2019

14 February, 2019

Malaysia tidak akan berkompromi dengan firma pelaburan gergasi, Goldman Sachs Group Inc berhubung pemulangan dana yang diambil daripada syarikat pelaburan...

Menteri kecam aktiviti bom ikan, ucap takziah kematian penyelam

7 July, 2019

7 July, 2019

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan nelayan tempatan melakukan aktiviti pengeboman ikan sehingga mengakibatkan dua pelancong...

Ganti PM baharu tak bermakna PM yang baik, jadi tiada rombakan kabinet kata Tun M

17 September, 2019

17 September, 2019

Nampaknya tiada rombakan kabinet sebagaimana desas-desus sebelum ini. Menurut Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selagi beliau memegang jawatan sebagai perdana...

KPDNHEP puas hati proses pelaksanaan subsidi petrol bersasar

12 August, 2019

12 August, 2019

GEORGETOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berpuas hati terhadap proses penyediaan kertas kerja bagi pelaksanaan subsidi...

MyCC terus siasat monopoli Grab

26 September, 2019

26 September, 2019

KUALA LUMPUR: Malaysia meningkatkan siasatan anti monopoli ke atas firma e-hailing berpangkalan di Singapura, Grab Holdings Inc, yang mengukuhkan lagi...

Kertas Putih Felda: ‘Najib kelirukan orang awam dan peneroka’ – Muhyiddin

11 April, 2019

11 April, 2019

KUALA LUMPUR: Masalah kewangan yang dihadapi Felda berpunca dari kegagalan tadbir urus kerajaan Barisan Nasional suatu ketika dahulu, menurut Menteri...

Kerajaan sedia laksana GST jika itu kehendak rakyat – Tun M

3 October, 2019

3 October, 2019

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengkaji keperluan memperkenalkan semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya itu kemahuan rakyat, kata Perdana...

Wan Azizah TPM serbu kubu kuat BN

1 April, 2019

1 April, 2019

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam ini bertandang di kubu lawan apabila menghadiri ceramah kelompok di Kampung...

Umno masih boleh dilantik sebagai TMB II Kelantan, kata Husam

1 November, 2019

1 November, 2019

Masih ada ruang untuk PAS memberi tempat kepada Umno dalam kerajaan Kelantan walaupun salah seorang pemimpin mereka menjelaskan semua jawatan...

‘Siasat apa maklumat dikongsi Nik Abduh pada CIA’

14 February, 2019

14 February, 2019

Pengakuan Nik Abduh Nik Abdul Aziz bahawa beliau memang orang yang ada dalam rakaman audio tersebut dan apa yang dikatakannya...

Tawaran kerajaan beli tanah di Kampung Baru RM850 perkaki lebih baik dari BN

22 September, 2019

22 September, 2019

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad membidas bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung tawaran kerajaan...

Jika ikut perlembagaan, Khairy tidak layak kata SUA Persatuan Olahraga Para Malaysia

21 June, 2019

21 June, 2019

KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) disaran menjadikan perlembagaan majlis itu sebagai garis panduan menyelesaikan isu membabitkan pengesahan pencalonan bekas...

[VIDEO] Sasar lebih 30 juta pelancong, pendapatan RM192 bilion tahun depan

14 July, 2019

14 July, 2019

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya mensasarkan pendapatan RM192 bilion dengan jumlah kedatangan pelancong asing dan domestik tahun hadapan. Menterinya, Datuk...