15 December, 2019 The Malaysian News

Kerajaan tidak pernah benar abu Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia – Muhyiddin

BANGKOK – Kerajaan tidak pernah membenarkan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, dibawa pulang ke Malaysia, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata berdasarkan panduan membawa balik dan keluar abu mayat, ahli keluarga atau sesiapa sahaja perlu memaklumkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Persoalannya adakah pihak terbabit telah memaklumkan perkara itu atau ia diseludup masuk ke negara kita dengan tidak diketahui pihak berkuasa.

“Yang pasti, kita tidak mengetahui langsung (abu Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia). Kita hanya tahu selepas keluarga atau sahabat handai membuat kenyataan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata beberapa pihak telah membuat laporan polis dan perkara itu akan disiasat secara terperinci dan tindakan sewajarnya akan diambil.

“Kita tidak mahu melihat isu ini berbangkit dan menimbulkan kemarahan terutamannya terhadap keluarga mangsa keganasan komunis, sama ada secara langsung dengan Chin Peng atau gerakan komunis pada zaman darurat dahulu,” katanya.

Muhyiddin berada di sini untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan ke-13 (AMMTC) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan.

Semalam, media melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah dibawa masuk pulang ke Malaysia pada 16 Sept lalu dan ditabur ke laut berhampiran Lumut, Perak dan di hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.

Abu mayat bekas pemimpin PKM itu dilaporkan tiba di Ipoh, Perak pada 16 Sept lalu dan dan satu majlis peringatan dihadiri 150 individu diadakan pada hari yang sama.

Chin Peng yang lahir di Sitiawan, Perak meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada tahun 2013 ketika berusia 89 tahun.

Kerajaan pada ketika itu telah memutuskan larangan bagi membawa mayat atau pun abunya pulang ke Malaysia untuk disemadikan.

— BERNAMA

in Berita
Related Posts

MBSA dakwa campur tangan pihak luar gagalkan AGM MPM

30 June, 2019

30 June, 2019

Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia (MBSA) mendakwa terdapat campur tangan pihak luar yang menggagalkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Paralimpik...

Subsidi haji kekal

14 February, 2019

14 February, 2019

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengumumkan subsidi kepada jemaah haji yang menunaikan ibadah itu buat...

SPRM kata laporan KSU Pelancongan disiasat mengelirukan

12 August, 2019

12 August, 2019

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan laporan sebuah blog berhubung siasatan terhadap seorang Ketua Setiausaha (KSU) di sebuah...

Kalau sayang parti hadirlah mesyuarat kata Saifuddin

30 July, 2019

30 July, 2019

Pemimpin PKR perlu mengutamakan mesyuarat parti sebagai saluran untuk menyuarakan pandangan dan tidak bertikam lidah di media, kata Setiausaha Agungnya...

Menteri kecam aktiviti bom ikan, ucap takziah kematian penyelam

7 July, 2019

7 July, 2019

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan nelayan tempatan melakukan aktiviti pengeboman ikan sehingga mengakibatkan dua pelancong...

Malaysian Tigers perlu menang atau gigit jari malam ini

3 November, 2019

3 November, 2019

KUALA LUMPUR: Tiada perkataan lain melainkan wajib menang atau skuad hoki negara gigit jari lagi. Malaysian Tigers wajib memburu kemenangan...

Husam dilantik semula, Dr Siti Mariah penuhi kuota Wanita

15 December, 2019

15 December, 2019

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Senator Datuk Husam Musa dan bekas Ketua Wanita, Dr Siti Mariah...

Pengerusi SPR pakai baju lencana PKR namun nafi sokong PKR

16 November, 2019

16 November, 2019

Selepas tular gambar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun memakai lencana PKR semasa makan dengan Presiden Bersatu, Muhyiddin...

Exco puji kejohanan Taekwondo Jemputan ‘Semangat’ SABK, SMKA Negeri Johor

22 September, 2019

22 September, 2019

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Tuan Haji Sheikh ‘Umar Bagharib Ali memuji SMKA Segamat kerana berjaya menganjurkan...

Anwar Jangka Jadi PM Tidak Sampai 2 Tahun Lagi

14 February, 2019

14 February, 2019

(Bloomberg) – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan beliau mengambil alih jawatan perdana menteri kurang dari 2 tahun lagi tetapi mahu...

Polis tahan penganjur demo tulisan jawi

24 August, 2019

24 August, 2019

PENGANJUR demo antitulisan Jawi ditahan polis petang ini sewaktu berucap di lokasi perhimpunan di Brickfields. Pengerusi penyelaras perhimpunan Umagandhan Krishnan...

LHDN akan kejar menteri, bekas menteri tak bayar cukai, kata Tun M

4 April, 2019

4 April, 2019

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada menteri dan bekas menteri supaya membayar cukai pendapatan atau Lembaga Hasil Dalam...

Mahkamah tolak saman pengundi halang SPR kendali PRK Semenyih

25 February, 2019

25 February, 2019

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman difailkan seorang pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih...

[VIDEO] Kem KJ, Nasaruddin, Keng Chuan degil! Bakal batalkan MPM

7 September, 2019

7 September, 2019

Sekalipun Julai lalu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memberi amaran keras kepada MPM kerana isu AGM...

Penolong Pengarah JPN dituduh 11 kes jual MyKad, surat beranak

13 September, 2019

13 September, 2019

PENOLONG Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang Mohd Faizul Ariffin didakwa atas 11 pertuduhan jenayah kerana menjual dokumen pengenalan...