15 December, 2019 The Malaysian News

Kalah Tanjung Piai: PH ambil serius isyarat ketidakpuasan hati rakyat- Muhyiddin

PH Johor menerima keputusan keputusan di Tanjung Piai sebagai satu isyarat daripada pengundi yang perlu diambil serius oleh parti, kata pengerusinya Muhyiddin Yassin.

“Mengambil kira kekalahan ini, PH perlu kembali semula ke paparan lakaran untuk menilai dasar, pendekatan dan prestasi parti dan kerajaan yang telah menyumbang kepada rasa tidak puas hati rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan bersama pemimpin PH Johor yang lain di Pontian malam tadi.

Bersama dalam kenyataan itu ialah Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh; Pengerusi Amanah, Aminolhuda Hassan; Pengerusi DAP, Liew Chin Tong; dan Pengerusi Bersatu, Mazlan Bujang.

PH Johor turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera parti yang bekerja keras dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam kempen PRK itu.

Sementara itu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim, menyifatkan keputusan malam tadi sebagai mesej jelas rakyat kepada kerajaan PH.

Sambil mengucapkan tahniah kepada calon BN, Dr Wee Jeck Seng, kerana memenangi kerusi parlimen itu, Anwar berkata PH menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat.

“Majoriti yang diperoleh pembangkang ini satu kejutan dan ia mesej jelas kepada seluruh pimpinan PH. Kita seharusnya mengambil pengajaran dan iktibar daripada keputusan PRK ini,” kata beliau.

Anwar turut mengingatkan pimpinan kerajaan supaya berusaha menanam keyakinan rakyat terhadap dasar yang dibawa dengan usaha positif melaksanakan janji.

Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata kekalahan itu sesuatu yang pahit untuk ditelan.

“Rakyat sudah bersuara. Suara rakyat, suara keramat. Saya memohon maaf kepada belia Malaysia atas kekurangan saya. Kemarahan ini perlu dijawab dengan tindakan. Sekali lagi, minta maaf,” kata beliau.

Wee merampas kembali kerusi parlimen Tanjung Piai apabila diumumkan pemenang dengan majoriti 15,086 undi selepas selesai proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.

Calon BN dari MCA itu memperolehi 25,466 undi sekali gus mengalahkan pencabar terdekatnya, calon PH Karmaine Sardini yang memperolehi 10,380 undi.

Calon Gerakan Wendy Subramaniam memperolehi 1,707 undi, calon Berjasa Dr Badhrulhisham Abdul Aziz memperolehi 850 undi, sementara dua calon Bebas Dr Ang Chuan Lock mendapat 380 undi manakala Faridah Aryani Abdul Ghaffar sekadar mendapat 32 undi.

Keempat-empat mereka hilang wang deposit kerana tidak berjaya mendapat 12.5 peratus atau satu perlapan dari jumlah undi.- Bernama

Related Posts

Seseorang tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah di mahkamah, terserah Azmin kata Dr Mahathir

17 July, 2019

17 July, 2019

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepada Mohamed Azmin Ali sama ada mahu bercuti atau tidak daripada Kabinet, sementara polis...

BSH: RM100 untuk sibujang

20 February, 2019

20 February, 2019

PUTRAJAYA: Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 akan diberikan kepada individu di bawah kategori bujang pada hujung Mac ini,...

Patriot mahu Utusan minta maaf kaitkan mereka dengan DAP

17 August, 2019

17 August, 2019

Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) hari ini menuntut Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada presidennya Mohamed Arshad Raji dan ahli...

Tiada provokasi tapi kami dikasari penyokong Najib, kata pelajar

23 March, 2019

23 March, 2019

KUALA LUMPUR: Pengerusi Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Wong Yan Ke berkata mereka mempunyai hak untuk melakukan protes terhadap...

Bantah gabung UMT, UniSZA: Naib Canselor UMT Diarah Bercuti

14 December, 2019

14 December, 2019

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar diarah bercuti serta merta bermula bulan ini sehingga...

Lagi Jalur Gemilang bintang lima bucu ‘Ala Komunis’ di acara Taekwondo Malaysia

27 November, 2019

27 November, 2019

Belum reda isu bendera Malaysia semasa upacara perasmian kejohanan bola keranjang, tular pula beberapa keping gambar yang memaparkan Jalur Gemilang...

Jason Lo ‘Orang Kanan’ KJ dalam MPM diburu Interpol kes jenayah?

27 September, 2019

27 September, 2019

Apa kesudahan kes ‘orang kanan’ YB Khairy Jamaluddin,  Jason Jonathan Lo bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk yang ditangkap di...

KPDNHEP jadikan industri francais sektor utama pembangunan keusahawanan

24 November, 2019

24 November, 2019

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan menjadikan industri francais sebagai sektor utama yang memberi impak...

Isra’ Mikraj dan Petani KADA

3 April, 2019

3 April, 2019

Ikut kiraan kalendar Islam, hari ini adalah 27 haribulan Rejab. Salah satu hari penting dalam agama Islam. Pada 27 Rejab,...

Vaksin bukan penyebab autisme, Wan Azizah beritahu ibu bapa

8 March, 2019

8 March, 2019

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan ibu bapa tidak mempercayai dakwaan suntikan vaksin boleh menyebabkan kanak-kanak...

Penolong Pengarah JPN dituduh 11 kes jual MyKad, surat beranak

13 September, 2019

13 September, 2019

PENOLONG Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang Mohd Faizul Ariffin didakwa atas 11 pertuduhan jenayah kerana menjual dokumen pengenalan...

Anak fail saman bapa periksa tahap mental Samy Vellu

10 December, 2019

10 December, 2019

KUALA LUMPUR: Datuk Seri S Vell Paari memfailkan saman pemula terhadap bekas Presiden MIC, Tun S Samy Vellu bagi mendapatkan...

‘Team KJ’ Timbalan Presiden MPM berjaya tangguhkan AGM MPM

30 June, 2019

30 June, 2019

ISU panas membabitkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berterusan apabila mesyuarat agung tahunan (AGM) bagi penggal 2019-2023 yang sepatutnya berlangsung hari...

Umno bantu RM1.6 juta kepada Utusan untuk pendahuluan gaji

21 August, 2019

21 August, 2019

KUALA LUMPUR: Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mendedahkan pendahuluan gaji minimum RM2,000 yang diterima setiap seorang kakitangan Utusan Melayu Berhad malam...

Mujahid beri tempoh seminggu Dr. Asyraf minta maaf isu Tabung Haji

2 October, 2019

2 October, 2019

PUTRAJAYA- Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki diberi tempoh selama seminggu bermula hari ini untuk memohon maaf secara...