14 December, 2019 The Malaysian News

Jason Lo ‘Orang Kanan KJ’ dituduh menceroboh, salah guna dadah

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi tempatan dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret berasingan hari ini atas pertuduhan menceroboh sebuah rumah dan memasukkan dadah jenis “methamphetamine” dalam badannya.

Jason Jonathan Lo, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan majistret.

Dia didakwa melakukan pencerobohan dengan memasuki sebuah rumah kediaman di Bangsar Park, Brickfields pada 10 malam, 30 Okt lepas mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar menawarkan jaminan RM5,000 terhadap tertuduh.

Peguam Mardhiyah Siraj yang mewakili Lo memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya menanggung keluarga.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Dis untuk sebutan semula kes.

Di depan majistret lain, Lo mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis “methamphetamine” ke dalam badannya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tandas pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di Jalan Travers , Brickfields pada 5.15 petang 15 Nov lepas.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum bawah Seksyen 15(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun dan diwajibkan pengawasan bawah seliaan pegawai pemulihan tidak kurang dua tahun dan maksimum tiga tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatin Mohd Farid menawarkan jaminan RM5,000 manakala Mardhiyah yang mewakili Lo memohon jaminan rendah kerana anak guamnya menanggung ibunya yang mengidap tekanan darah tinggi.

“Anak guam saya merupakan bapa kepada tiga anak. Dia menjaga dua anak sementara seorang lagi anaknya dijaga oleh bekas isterinya dan nafkah ditanggung olehnya,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Dis untuk sebutan kes.

Tertuduh membayar wang jaminan tersebut.

Lain-lain Baca

Jason Lo ‘Orang Kanan’ KJ dalam MPM diburu Interpol kes jenayah?

Related Posts

Exco DAP dituduh merogol kembali bertugas

16 November, 2019

16 November, 2019

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak, Paul Yong Choo Kiong...

Memalukan! Shapawi KP MSN ‘Budak KJ’ wajib letak jawatan atau dipecat gagal Sukan Sea

11 December, 2019

11 December, 2019

“KAMI ambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan penyertaan di Sukan Sea kali ini.” Begitulah luahan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN),...

Tanding PRK Rantau :SUA Amanah cadang pecat, Husam kata gugur automatik

30 March, 2019

30 March, 2019

Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir tampil mengesahkan Mohd Nor Yassin yang bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil...

Mahkamah tetap 15 hari bicara kes pecah amanah Miss ‘M’ Malaysia

18 April, 2019

18 April, 2019

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 15 hari bermula 3 Februari tahun depan untuk perbicaraan kes bekas...

Marina kecam Mujahid, Wan Saiful isu LGBT

11 March, 2019

11 March, 2019

Aktivis sosial Marina Mahathir mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu...

KSU MOA didedah sabotaj Menteri Pertanian

24 November, 2019

24 November, 2019

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) mendedahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani telah mensabotaj Datuk...

Letak jawatan kerana skandal seks bukan cara Malaysia – PM

24 June, 2019

24 June, 2019

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali yang didakwa terlibat dalam skandal video seks terus mendapat sokongan daripada Perdana Menteri Dr...

Pesuruhjaya Sukan sahkan ketidakakuran proses pencalonan AGM MPM

28 June, 2019

28 June, 2019

Selepas beberapa siri aduan terhadap perjalanan AGM MPM akhirnya terjawab apabila hari ini Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengesahkan berlaku ketidakakuran dalam...

Najib minta Goldman Sachs sokong, runding projek 1MDB

26 September, 2019

26 September, 2019

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meminta firma pengurusan pelaburan Goldman Sachs Global (GS Global) untuk menyokong dan memberikan khidmat...

Calon presiden MPM fail saman pemula batalkan EGM, PPS arah tangguh

17 September, 2019

17 September, 2019

Kemelut MPM yang berlarutan dua bulan kini memasuki fasa baru apabila seorang calon presiden bagi Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) hadir...

Taekwondo seni mempertahankan diri pilihan rakyat- Presiden MTA

29 July, 2019

29 July, 2019

Ketereh: Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) menggesa masyarakat tempatan supaya melibatkan diri dalam sukan seperti taekwondo. Beliau berkata, taekwondo sentiasa...

Rosakkan nama Islam, PAS parti bohong kata Mat Sabu

18 February, 2019

18 February, 2019

PASIR MAS: Amanah percaya pendekatan “bohong” yang diamalkan pemimpin PAS akan menyebabkan parti pembangkang itu kehilangan kepercayaan anggotanya, kata Presiden...

Lawatan pegawai tinggi polis ke Turki tak salah kata Muhyiddin

15 February, 2019

15 February, 2019

LAWATAN Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun bersama beberapa pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Turki bukan menjadi satu...

Berlindung di bawah ketiak KJ, Ahmad Shapawi KP MSN yang gagal

25 July, 2019

25 July, 2019

Selepas hampir lima tahun memegang jawatan selaku Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), masa depan Dato’ Ahmad Shapawi Ismail kini...

Selesai cadangan CEP sebelum dedah kata Anwar

1 April, 2019

1 April, 2019

Semua pihak harus memberikan ruang kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyelesaikan beberapa cadangan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) sebelum mendedahkan...